Skip to main content

Issey perlukan lebih persediaan

Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Issey mengakui bahawa dirinya senantiasa bersedia untuk mendirikan rumah tangga seterusnya setelah sudah berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2016.

Pun begitu Issey atau nama penuhnya Fazlisham Mat Hussin, 31, memerlukan lebih persediaan dan mengkaji kesilapan masa lalu.
"Insya ALLAH saya sentiasa bersedia sebenarnya... tapi saya memerlukan lebih persediaan.

"Iya lah kan kita tak nak pisang berbuah dua kali.

"Jadi saya kena betul-betul pilih dan saya kaji kesilapan yang dulu," katanya ringkas kepada Sensation2u bersempena hala tuju Issey pada 2018 ini.
Apa pun fikir-fikir sehabis baik dan tepat seperti keputusan Issey tu, kaji kesilapan yang lalu dan kita pun memang tak mahu masjid yang dibina runtuh sebegitu saja ya tak?

Berbicara soal tahun 2018, azam you all apa pula? Sambung azam 2017 ke tu? hehehe...

Comments