Skip to main content

Jaga Isteri Sakit, Azwan Kombos Digelar Suami Mithali

Dua hari lalu isteri kepada aktor Azwan Kombos, 32, Ezzaty Abdullah telah dimasukkan ke hospital akibat menghidap penyakit radang payudara (bengkak susu).

Dan kini keadaan Ezzaty, 27, difahamkan berada dalam keadaan yang baik selepas menjalani pembedahan. Alhamdulillah.

Selain dihujani doa supaya Ezzaty cepat sembuh, Azwan pula kini dihujani dengan pujian daripada netizen berikutan perkongsian video menerusi Instagram miliknya ketika menjaga Ezzaty di hospital.
A post shared by Azwan Kombos (@azwankombos) on
BACA: Ezzaty Alami Kontraksi 28 Jam, Azwan Kombos Main Peranan
Sehingga artikel ini ditulis, hasil perkongsian video itu telah ditonton hampir 32 ribu pengguna Instagram.

Bertuah Ezzaty. Mengenali suaminya, Azwan memang seorang yang baik dan penyayang. Itulah tanda pengorbanan seorang suami kepada isteri.

Sensation2u juga mendoakan supaya Ezzaty cepat sembuh. Tentu Harum Dalia rindu nak tidur di pangkuan ibunya.

Comments