Skip to main content

Kalau Boleh Esok Lusa Zoey Nak Kahwin!

PELAKON Zoey Rahman, 33, memberitahu soal perancangan untuk menamatkan zaman solonya diketepikan dulu berikutan mahu fokus sepenuhnya pada bisnes, Mika Series.

Menurut Zoey atau nama asalnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, ahli keluarganya juga tidak ketinggalan turut bertanya kepadanya akan bilakah anak kelahiran Besut, Terengganu, ini mahu mendirikan masjid.

"Dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga itu saya tolak tepi dulu ini kerana saya mahu berikan sepenuh tumpuan pada bisnes saya, Mika Series.

"Tapi family juga sentiasa menekan bila saya nak kahwin namun saya beritahu kepada mereka rezeki perkahwinan dan perancangan hanya perancangan pun begitu kita tahu lagi bila.
BACA: Issey Perlukan Lebih Persediaan
"Kalau boleh esok lusa juga saya nak kahwin tapi tak tahu lah sama-sama kita nantikan," ujarnya sambil berseloroh kepada Sensation2u.

Berbicara mengenai kerjayanya pula Zoey tidak mahu trend populariti meledak tiba-tiba kemudian esok harinya jatuh.

"Nak kata kurang berlakon tidak juga. Saya sebenarnya seimbang, tak tinggi tak jatuh. Maksudnya saya seimbang dengan karier seni saya.

"Kalau nak dibandingkan dengan orang lain tiba-tiba naik kemudian terus senyap sebab tak ada bahan dan produk nak ditampilkan, saya tak nak macam tu, nak sentiasa ada nama dan kerja.
"Selain berlakon saya juga ada kerja lain seperti jadi pengacara majlis di luar dan buat hosting serta bisnes sendiri," katanya.
BACA: Pelaburan Saham Syafiq Kyle Patut Dicontohi Pelakon Baru
Untuk bisnes Zoey pula hari ini Sensation2u difahamkan produk Mika Series sudah mempunyai tujuh jenis berlainan produk dalam tempoh tiga tahun.
Ehem! Tentu you all perasan di Instagram Zoey kadang-kadang suka muat naik gambar dan video merecik iman! Hik! Itu bukan nak show off tapi atas tuntutan kerja sebagai duta Celebrity Fitness.

"Saya bukan nak show off pun tapi saya bekerja sebagai duta. Jadi kenalah bagi komitmen," kata Zoey dirinya juga seorang yang pemalu.
Sensation2u doakan semoga percaturan 2018 Zoey semakin sukses ya. Amin. Siapapun bakal suri hati jangan lupa jemput ya.

Comments