Skip to main content

Lutfi Azman Rela Ditaja!

Durian runtuh! Rezeki terpijak! Siapa yang sanggup untuk menolak mentah-mentah bukan? Tambah pula konsep tajaan. Sayang seribu kali sayang kalau tidak terima.

Menurut peserta Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018), Lutfi Azman, 26, yang juga merupakan Mister Negeri Sembilan, memberitahu bahawa beliau terbuka untuk menerima "hadiah" demi kebaikan kedua belah pihak.

"Jika ada yang ingin menaja atas sebab untuk menjayakan sesuatu, contohnya dalam bidang lakonan agar nampak lebih added value saya terima," ujarnya kepada Sensation2u.
BACA: Arfan Aris Ditawar RM10,000 Untuk Video Melancap
Diusik dengan pertanyaan nakal, bagaimana pula jika ada yang mahu menaja dari segi kewangan peribadi? Ini jawapnya;

"Bukan menolak tuah tetapi lebih bagus jika duit itu diberikan kepada yang lebih memerlukan daripada diri saya," tuturnya ringkas.

Pada masa yang sama anak kelahiran Kuala Pilah ini turut berkongsi pengalamannya ketika sedang menuntut ilmu di universiti.

"Sejujurnya saya seorang yang tidak suka menyusahkan umi dan ayah. Jadi saya pernah bekerja separuh masa di kedai makan supaya dapat mengumpul duit simpanan sendiri demi mendapatkan apa yang diinginkan" katanya selesa hidup berdikari.

Lepas ini ramai lah fans yang direct/private message (DM/PM) nak hulurkan "hadiah". Awas Lutfi jangan sampai termakan budi tergadai maruah sudah. Hati-hati ya dik...

Sebarang perkembangan lanjut, boleh ikuti laman Instagram @misterplanetmalaysia atau @zuqhair.

Comments