Skip to main content

Pelaburan Saham Syafiq Kyle Patut Dicontohi Pelakon Baru

Bekas Naib Juara Hero Remaja (2012) tidak menafikan disepanjang penglibatannya dalam industri hiburan ini pernah berasakan untuk menarik diri kerana kecewa.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Syamim Abdul Razak, kekecewaan itu kerana mencari punca rezeki pada usia yang masih mentah.

Oleh kerana latar belakang pendidikan Syafiq, 25, adalah dalam bidang pengarahan, lelaki berkulit sawo matang ini terus berjuang dan bersabar dalam mencari tempat di landasan hiburan.
BACA: Issey Perlukan Lebih Persediaan
"Mungkin penonton melihat dan sedar kewujudan saya pada tahun 2017 tapi sebenarnya saya sudah mula mencari tempat dan berusaha serta berjuang di arena hiburan ini sejak 2013 lagi.

"Alhamdulillah setelah pelbagai usaha saya invest tahun demi tahun akhirnya Allah Swt juga mendengar doa saya dan membukakan pintu rezeki.

"Pada masa yang sama juga saya seorang yang suka melihat dan mendengar pengalaman-pengalaman daripada sifu dalam industri ini.

"Jadi melihat kejayaan mereka, adanya turun naik dan sabar lantas membuatkan saya kuat dan masih berada di sini hari ini," ujarnya kepada Sensation2u.
BACA: Luahan Hati Syamel Dalam 'Biar Cinta'
Pada tahun lalu saja kita juga telah menyaksikan sendiri bahawa pelakon popular Mencintaimu Mr Photographer ini telah menyarung gelaran Lelaki Dambaan dalam Anugerah InTrend dan Anugerah Instafamous Adiwira (Anugerah Instafamous HurrTV). Syabas capik...

Semoga percaturan kerjaya capik pada tahun ini lebih sukses. Temui juga capik dalam filem Langsuir yang akan ditayangkan pada tahun ini gandingan heroin Hannah Delisha.

Comments

  1. Pelakon favourite sy.. natural acting. Boleh pegi jauh

    ReplyDelete
  2. perjuangan untuk menjadi terkenal lama juga ya

    ReplyDelete

Post a Comment