Skip to main content

Tahniah! Yuna, Adam Selamat Diijabkabulkan

Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli Adam Yousof Bin Mohamed Sinclair dan Yunalis Bt. Dato’ Mat Zara’ai, kini selamat menjadi pasangan suami dan isteri yang sah.

Pelantun Terukir Di Bintang yang berwalikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam dengan hanya dengan sekali lafaz.
Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang telah menyempurnakan majlis pernikahan tersebut pada jam 7 petang.
BACA: Lutfi Azman Rela Ditaja!
Pihak Adam memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak Yuna membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Majlis Pernikahan Adam dan Yuna berjalan dengan lancar dan dihadiri 300 orang keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan United States. Tampak lebih manis dan hidup lagi majlis pernikahan mempelai ini apabila mendapat sentuhan busana Hatta Dolmat.

Kedua mempelai ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.
Daripada warga Sensation2u mendoakan semoga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat.


Untuk makluman:

Wedding photo by : weddingsbyqay
Decoration by        : the_calla
Dress by                 : hattadolmat_

Comments