Skip to main content

Terpaksa Tarik Diri, Que Sedih Berganda

Peserta Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018) yang mewakili negeri Kedah akui kini berasa sedih kerana terpaksa mengambil keputusan mengundurkan diri daripada program itu.

Menurut Que atau nama penuhnya Mohammad Quyyum Ahmad Yusri, pengunduran itu berikutan tuntutan kerja yang menyebabkan tiada jalan lain lagi baginya untuk meneruskan perjuangan dalam MPM2018.

"Sejujurnya saya sangat sedih kerana terpaksa menarik diri daripada program MPM2018.

"Bagaimanapun saya tiada pilihan lain yang menuntut komitmen saya untuk berpindah kerja ke tempat baharu," jelasnya kepada Sensation2u.

Lebih mengguris hati, Que, 24, terpaksa meninggalkan rakan-rakan kenalannya di Kuala Lumpur yang sudah dianggap sebagai sahabat dan keluarga sendiri.
BACA: Kalau Boleh Esok Lusa Zoey Nak Kahwin!
"Lagi sebak hati saya sebab terpaksa meninggalkan kawan-kawan lain dan juga tenaga-tenaga pengajar MPM 2018 yang sudah saya anggap sebagai adik beradik dan keluarga sendiri. Malah mereka semua melayan saya dengan baik.
Que Yusri (kanan) bersama Mister Negeri Sembilan Lutfi Azman (kiri) dan tengah Mister Sarawak, Asyraf Roslee. 
"Di Kuala Lumpur ni banyak kenangan manis yang telah saya lalui, tambah pula terpaksa berpisah dengan Lutfi yang paling rapat dan baik dengan saya" ujarnya sebak.

Pada yang masa sama, jejaka berketinggian 182cm itu berharap agar pengganti yang akan mewakili negerinya dapat memberikan komitmen terbaik sepanjang program tersebut.
"Saya berharap dia dapat memberikan komitmen yang baik dan terlibat dalam semua aktiviti yang dianjurkan.

"Jadi lakukan dengan penuh keyakinan dan jangan putus asa. Banyakkan bertanya dan bermesra dengan semua orang. Teruskan berusaha sampai ke peringkat akhir," pesannya.

Tidak dilupakan juga, Que berpesan kepada rakan seperjuangan lain agar melakukan perkara yang sama.

"Kepada peserta yang ada sekarang saya harap mereka dapat berikan kerjasama yang baik, bertolak ansur dan juga jaga tingkah laku dalam apa jua, jangan putus asa dan kuatkan semangat," katanya.

Que berkata demikian sementelah Pengarah  Program, Fahrul Arazi memaklumkan berita tersebut kepada Sensation2u menerusi aplikasi WhatsApp.

Apapun, selamat maju jaya buat Que di tempat baharu nanti. Jangan sedih-sedih sangat, bak kata Fahri dalam filem Ayat Ayat Cinta II "Adakalanya berundur sedikit itu adalah untuk dapat melompat dengan lebih tinggi".

Comments