Skip to main content

WINGS Motor Gang Society Buka Keahlian Permotoran Berkuasa Tinggi Kepada Bumiputera

WMGS merupakan sebuah kelab motor berkuasa besar yang dianggotai sepenuhnya oleh ahli-ahli Bumiputera yang mendokong tiga perkara utama iaitu “Silaturrahim, Ekonomi dan Kebajikan”.

Penubuhan WMGS bermotif untuk menaikkan martabat Bumiputera selaras dengan moto WMGS iaitu “RIDE & RESPECT” iaitu antara lain bertujuan menanamkan nilai-nilai positif dan kesedaran kepada ahli-ahli WMGS sebagai Bumiputera yang cinta kepada perdamaian, persaudaraan serta menjalin tali silaturrahim antara komuniti dan masyarakat selain terlibat dalam aktiviti kebajikan.
Tunjang utama WMGS adalah Dato’ Ahmad Azhar Othman iaitu satu nama yang tidak asing dalam arena permotoran  atau lebih dikenali lagi sebagai Dato’ Awie iaitu penyanyi utama kumpulan Wings.
BACA: Fariz Beri Amaran Kepada Finalis MPM2018
Sehingga kini, terdapat seramai 100 orang ahli WMGS yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur dari seluruh pelusuk Malaysia dan tidak terkecuali dari negara jiran seperti Thailand, Brunei dan Singapura.
Ilham penubuhan WMGS tercetus semasa berlangsungnya siri jelajah Konsert 30 Tahun Wings dan telah ditubuhkan secara sah di bawah Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 6 September 2016.

Semenjak penubuhan itu, WMGS sentiasa  aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti “Bikes Week” di dalam dan luar negara, menyalurkan sumbangan ke rumah-rumah kebajikan, mengadakan program berbuka puasa serta kutipan sumbangan dan derma untuk mereka yang memerlukan.

WMGS membuka keahlian kepada Bumiputera yang berminat dalam bidang permotoran serta mempunyai motosikal berkuasa tinggi iaitu 700 cc dan ke atas serta tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh WMGS.
BACA: Kalau Boleh Esok Lusa Zoey Nak Kahwin!
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM550.00 merangkumi yuran tahunan pertama serta “Colors” dan “Vest”.

Yuran tahunan untuk ahli adalah sebanyak RM180.00. Pendaftaran boleh dikemukakan dengan melengkapkan borang keahlian yang disediakan dengan syarat perlu diperkenalkan oleh seseorang yang berjawatan dalam WMGS.

Pelbagai keistimewaan bakal diperolehi oleh ahli WMGS antaranya kad keahlian,  bantuan kewangan, bantuan kerosakan motosikal, diskaun alat ganti motosikal  dan beberapa lagi faedah yang bakal menyusul kelak.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, bolehlah menghubungi :

(1) Ejat (Boojatt) : Aide De Camp (019 293 2436); atau
(2) Hibatul (Cootull) : Secretary 2 (011 1003 0960)


Comments