Skip to main content

18 Corat coret AJL32 Korang Kena Tahu!

1. Trofi bertakhtakan berlian Swarovski diperkenalkan oleh tiga ratu cantik negara iaitu Nasha Aziz, Aliza Kasim dan Tini Baby. Nasha Aziz tetap in-character! Vazz.

2. Pembukaan penuh bersemangat gabungan oleh penyanyi Stacy dan Waris dengan lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang.

3. Persembahan pertama oleh penyanyi, Syamel tetap berjaya mencuri perhatian dengan lagunya Lebih Sempurna. Harus lah Syamel dapat tepukan gemuruh oleh penonton satu stadium.

4. Sebelum Azmi Caliph Buskers meneruskan persembahannya, ada lah elemen drama!

5. Penonton di Stadium pun... kuat drama lagi. Mana tidaknya, pelakon tu ada rupa macam Sofi Jikan! Kuat pula penonton tu jerit! Satu stadium dengar ok! Kelakar lah...

6. Yang penting bila Azmi tarik suara, dapat sorakan gemuruh satu stadium.

7. Semasa AJL32 berehat untuk iklan komersial, hos AJL32, Sherry Alhadad nakal juga bila mengajuk lagu pengusaha kosmetik, Sajat.

8. Finalis seterusnya dengan lagu ciptaan M. Nasir dan Ad Samad, Aku Yang Sebenar, Hazama tampil dengan kelainan berkonsepkan ala-ahli silap mata. Tapi bila tengok lama-lama macam gotik pun ada.

Ehem! Persembahan Hazama juga bersemangat bukan? Mungkin sebab ada isterinya sekali yang main keyboard.

9. Sherry sekali lagi! Tak kering gusi dibuatnya. Pandai buat penonton terhibur.

10. Wany Hasrita pun berdrama juga sebelum memulakan persembahannya dengan lagu Menahan Rindu. Merah busana awak ya. Cantik...

11. Cakap pasal drama yang dibawa pada malam persembahan Wany, penulis dapat tangkap! Ada yang cuba menahan air mata namun gagal bila air mata berjujuran di pipi mereka. Sabar dik sabar...

12. Persembahan oleh finalis Hael Husaini pula, cukup bertenaga dan padu dengan dendangan Jampinya. Persembahan menggabungkan batalion koir, memang sesuai dengan tema AJL32 fesyen dan muzik.

Untuk rekod, pemain keyboard tu bukan calang-calang! Sissy Iman merupakan seorang koir kebangsaan.

13. Diteruskan lagi dengan persembahan finalis Salma, persembahan lagu Akhirnya, Cinta ciptaan Ajai dan Slen tidak kurang hebatnya. Persembahan diberi sentuhan ala wayang kulit tenggelam bila Salma mula buka mulut. Wow Salma! Menyengat! Standing ovation daripada penonton.

14. Residen AJL! Siapa lagi tak lain tak bukan Dayang Nurfaizah yang pernah memenangi kategori vokal dan pernah menyandang status juara.

Pada malam tadi, Dayang menyanyikan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai, Separuh Mati Ku Bercinta diiringi pemain viola.

Memukau! Penuh penghayatan. Ok speechless lah.

15. Nyanyian duet finalis antara Ernie Zakri dan Syamel, Aku Cinta tidak kurang hebatnya. Vokal kedua-dua penyanyi ini buat penonton di stadium tak senang duduk. Selayaknya menang Vokal Terbaik.

16. Amboi! Yes sesuai sangat dengan persembahan macam nak masuk gelangang silat ya. Rupanya siap berdikir barat! Memang tok karut betul lah Altimet dengan Nabila Huda. Juga selayaknya menang Persembahan Terbaik.

15. Banyak kain putih pula persembahan pada malam tadi. Hael (Jampi), Salma (Akhirnya, Cinta) dan Ara Johari (Warkah Untuk Ku).

16. Persembahan lain daripada finalis yang lain. Sebab bawa persembahan koir sign-language dengan lagunya Tergantung Sepi nyanyian Haqiem Rusli

17. Persembahan Pop Ye Ye masih segar diingatan penonton di stadium dan mendapat sambutan. Satu stadium menari dan menyanyi.

18. Pastinya kemenangan seperti yang sudah dijangkakan, berpihak kepada penyanyi Hael Husaini- Jampi.

Comments