Skip to main content

7 Fakta Menarik Tentang Kai Chalmers, Lincah Beraksi Dalam OlaBola Musical

Foto: The Star/ Azman Ghani
Bakal menjengah usianya yang ke 24, pelakon pentas, Kai Chalmers, mengakui OlaBola Musical merupakan antara persembahan pentas berskala besar yang cukup mencabar kemampuannya.

Sebelum ini, Chalmers pernah beraksi di pentas teater MUD : The Story of Kuala Lumpur dan merupakan salah seorang peserta Citrawarna pada tahun lalu.

Malah pucuk muda ini juga sudah pun memahat namanya di pentas teater di London dan juga Cambridge. Hebat bukan?
BACA: Jampi Hael Tepat! Bawa Pulang RM60,000
"Walaupun saya sudah banyak berlakon teater tetapi kali ini benar-benar menguji diri saya kerana banyak pemetaan.

"Kami perlu bekerja dengan banyak visual yang ada dan bukan itu sahaja, kelajuan masa ketika babak bermain bola sepak juga antara cabaran utama.

"Malah bukan sekadar menyepak bola semata-mata, tetapi babak menyepak bola dalam elemen slow motion juga menjadikan persembahan ini lebih menarik perhatian penonton," ujarnya kepada Sensation2u.

Jelas Chalmers merupakan pelakon pentas yang melakonkan watak sebagai Eric Yong, pemain Sabah yang dipilih untuk bermain bagi pasukan Malaysia sebagai penyerang.
BACA: Lutfi Azman Rela Ditaja!
Ditanya apakah keistimewaan OlaBola Musical baginya;

"Saya dapat menimba ilmu baharu di mana saya belajar pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Cina, dan India.

"Beraksi satu pentas dengan bintang tanah air Malaysia juga buat saya rasa seronok.  Ada yang lahirnya daripada pelakon komedi, pelakon filem dan drama, dan tidak ketinggalan penari hip hop," katanya.

Untuk rekod, pementasan Teater Muzikal OlaBola di pentaskan selama sebulan bermula 8 Februari sehingga 11 Mac 2018. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat kelincahan Chalmers beraksi ok. Lepas habis teater boleh jumpa untuk berswafoto.

Tempah tiket anda dengan kadar segera serendah RM55 di www.olabolamusical.com
Foto: The Star/ Azman Ghani

7 Fakta Menarik Siapa Kai Chalmers


  1. Berdarah kacukan Amerika (bapa) - Malaysia (ibu) dan lahir di Hong Kong
  2. Baru dua tahun menetap di Malaysia
  3. Mendapat pengajian di London dalam pengajian Ijazah Sarjana Kesenian Teater Muzikal
  4. Minat teater dan muzik sejak di bangku sekolah
  5. Seorang penulis lagu dan lirik dan mengagumi penyanyi John Mayer
  6. Teater lakonan Imelda Staunton (Dolores Umbridge Harry Potter) antara idolanya.
  7. Pandai berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin dan Kantonese

Comments