Skip to main content

Ara Marah Siapa?

"Siapa nak stay , boleh stay .
Siapa nak sokong , boleh sokong .
Siapa nak blah , boleh blah!
Simple
"

Itu lah kapsyen yang dimuat naik menerusi Instagram milik bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2016, Ara Johari.

Ketika artikel ini ditulis, kapsyen yang dicoret oleh Ara, 20, telah mendapat hampir 20 ribu likes dan lebih 400 pelbagai reaksi daripada netizen di ruang komen IG Ara.

BACA: Naz Don Dikecam Sampai Sukar Tidur Malam
Malah ramai juga yang menghentam kerana menganggap tulisan Ara itu seperti tidak menghargai peminatnya.

Tidak terhenti di situ. Kapsyen Ara telah mengundang perbalahan antara fans dan juga komen bebas pengguna IG.

Amboi3x! Kenapa agaknya tu Ara? Jangan macam tu Ara, hati-hati bila menulis. Dikecam sekali pun kena sabar dan diam. Kalau tak boleh terima juga, delete je komen-komen itu.

Comments