Skip to main content

Industri Pandang Lah Bakat Bukan Rupa Semata-Mata

Sementelah bakat baru di luar sana berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk menyara kehidupan diri dan keluarga, datang pula yang cukup pakej lantas diangkat menjadi pelakon utama.

Pedih bukan? Setelah mengharungi banyak ujibakat dan menjadi pelakon sendalan hampir sehari suntuk kemudian di cantas macam itu sahaja.

Jadi, di mana letaknya nilai dan harga diri seseorang pelakon itu sebenarnya? Bakat ataupun rupa paras? Di manakah peluang dan ruang sebenar buat diri sang berbakat itu? Ini lah antara keluhan dan coretan insan bakat baru.
BACA: 4 Tahun Berlakon Baru Dapat Dialog, Azzfar Hargai Watak Kecil
Tidak ketinggalan buat pendatang baru yang sudah empat tahun bertapak di dalam industri lakonan namun di manakah kekurangannya? Dan apakah pula perspektifnya terhadap industri tempatan.
"Saya tidak minta lebih saya cuma mahu industri pandang bakat dan ketengahkan insan yang betul-betul berbakat.

"Banyak pendatang baru di luar sana yang tidak ada rupa tetapi berbakat besar dan hebat. Namun ini lah industri hanya memilih rupa daripada bakat.

"Katanya boleh digilap, hakikatnya ini kita terpaksa akur dan terima," keluh Azzfar.
BACA: Naz Don Dikecam Sampai Sukar Tidur Malam
Menyedari hal itu, Sensation2u bertanya apakah yang membuatkan dirinya masih terus berlakon meskipun masih belum menggenggam status pelakon utama baik dalam filem mahupun drama?

"Sebab saya tahu rezeki Allah itu luas. Walaupun tak ada rupa harap industri dapat terima dengan bakat dan bukan pada rupa. Usaha tawakal fan berdoa, insyaALLAH," ujarnya.

Dalam perkembangan lakonannya, Azzfar atau nama penuhnya Muhamad Azfar Mat Hassan, 28, kini tengah stand by untuk watak sampingan bagi filem antarabangsa Special Raid dan filem pendek dalam jangka masa terdekat ini.

Jika kekurangan Azzfar hanya lah pada rupa paras. Dan itu lah aset bonus, maka Azzfar kena lakukan sesuatu supaya industri sedar kewujudan awak. Sado kan diri ke? Kemaskan apa yang patut.

Comments