Skip to main content

Jampi Hael Tepat! Bawa Pulang RM60,000

Seperti yang sudah dijangka, vokalis Hael Husaini berjaya menyarung status juara dengan peratusan markah penuh pada malam Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL) malam tadi.

Kemenangan Hael dengan lagu Jampi membawa pulang Rm50,000 beserta trofi dan baucar CJ WOW SHOP Rm10,000.
Diikuti naib juara Faizal Tahir nyanyian Azmi Caliph Busker dengan membawa pulang Rm35,000 berserta trofi dan baucar CJ WOW SHOP Rm2,000.

Manakala tempat ketiga pula Haqiem Rusli (Tergantung Sepi) membawa pulang Rm20,000 berserta trofi dan baucar CJ WOW SHOP Rm2,000.

Seterusnya bagi kategori Anugerah Vokal Terbaik dibolot oleh duet vokalis Ernie Zakri dan Syamel.

Kemenangan kedua penyanyi itu membawa pulang Rm12,000 berserta trofi dan baucar CJ WOW SHOP Rm2,000.

Bagi kategori Anugerah Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Altimet, Amboi! pulang dengan Rm12,000 berserta trofi dan baucar CJ WOW SHOP Rm2,000 dan telefon pintar Samsung A8.

Untuk rekod, Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung diberikan kepada Khai Bahar.

Tahniah diucapkan buat semua pemenang AJL32 yang berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Pada malam tadi, AJL32 dihoskan oleh dua pengacara hebat iaitu Sherry Alhadad dan Alif Satar.

Comments