Skip to main content

"Kami Hanya Jalankan Tugas" - Jelas Finalis MPM2018 Selepas Dikecam Netizen Kerana Menggayakan Rekaan Baju Salikin Sidek

Pelbagai reaksi negatif yang dilemparkan kepada finalis Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018) selepas satu foto tular di media sosial, malam semalam.

Foto berkenaan memaparkan finalis MPM2018 dalam satu tugasan mereka untuk memperagakan pakaian rekaan pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek menjelang acara February Fashion Show yang telah berlangsung pada Ahad lalu, bertempat di Evolve Concept Mall, Ara Damansara.

Pun begitu, foto yang telah mendapat perhatian netizen telah dimuat naik berulang kali beserta kapsyen mengundang kecaman meskipun sikit sahaja yang memberikan komen positif.

Untuk makluman pembaca, busana tersebut hanya untuk diperagakan dan bukan tujuan komersial. Apatah lagi untuk dijadikan pakaian ketika hari raya? Tak lawak ya.
BACA: "Orang Melayu Dah Mula Sedar" Azri Khairuddin
"Kami hanya menjalankan tugas untuk memperagakan koleksi rekaan baju pereka fesyen terkenal, Salikin Sidek.

"Dan koleksi itu bukanlah bertujuan untuk komersial di mana-mana butik mahupun untuk pakaian hari raya," jelas 16 finalis MPM2018 kepada Sensation2u.

Pun begitu, buat finalis MPM2018 jangan melenting. Yang baik jadikan contoh dan yang buruk jadikan pengajaran.

Buat pereka fesyen, mungkin ini adalah satu respon yang tepat pada waktunya untuk dijadikan sebagai satu teguran yang membina bagi memperbaiki kekurangan pada rekaan tersebut.

Netizen pun pereka fesyen juga.

Buat netizen, kecaman biar berpada takut baling batu terkena balik pada diri sendiri. Dunia ibarat roda. Jadi awas.

Untuk mengenali finalis MPM2018 sila ikuti perkembangan mereka di IG @misterplanetmalaysia

Comments