Skip to main content

Kuasa Menentu Pemenang Di Tangan Anda!

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) kembali untuk edisi kelima dengan menampilkan #MasaUntukDrama sebagai tema baharu tahun ini!

Selain menjadi sebuah platform sesuai bagi anak-anak muda untuk mengasah bakat mereka menerusi pertandingan drama pendek, pertandingan sesi kongsi (pembentangan idea),
dan ujibakat lakonan, DFKL juga meraikan penggiat seni yang memartabatkan industri lakonan tanah air pada Malam Anugerah DFKL 2018.
Anugerah DFKL 2018 mempertandingkan 11 kategori iaitu;
  1. Aktor Pilihan,
  2. Aktres Pilihan,
  3. Antagonis Pilihan,
  4. Pengarah Pilihan,
  5. Penulisan Skrip Pilihan,
  6. Lagu/OST Pilihan,
  7. Pasangan Pilihan,
  8. Drama Pilihan,
  9. Drama Pilihan tonton VIP, yang ditentukan oleh jumlah undian diterima,
  10. Drama Radio Pilihan &
  11. Drama Pendek Pilihan merupakan kategori khas pilihan juri.

Bagi para peminat yang ingin melihat idola kesayangan mereka meraih kemenangan,
boleh membuat undian bagi menentukan barisan pemenang untuk 9 kategori tersebut bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2018 di laman web rasmi DFKL 2018 iaitu www.dfkl.com.my


Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari, di mana undian-undian yang diterima akan dikemaskini setiap dua jam untuk setiap hari.

Comments