Skip to main content

Naz Don Dikecam Sampai Sukar Tidur Malam

Pendatang baru, Naz Don, 32, baru-baru ini telah dikecam hebat oleh netizen berikutan tampil tidak berbaju dalam muzik video lagu terbarunya, berjudul Biar.

Menurut Naz, pada awalnya beliau tidak dapat menerima kecaman dan sukar melelapkan mata namun tidak semuanya komen negatif.

"Mula-mula saya tak boleh terima kecaman orang dan tak boleh tidur dibuatnya. 24 jam asyik tengok handphone baca komen-komen daripada netizen.

"Dan saya sendiri ada balas komen-komen mereka bila perlu, kalau tak perlu saya akan diam. Bagaimanapun, kebanyakkannya ramai yang sokong saya.

"Sebelum MV ini keluar saya sudah jangka mesti ada kecaman daripada netizen.

"Jadi dari situ saya sudah bersedia untuk dikecam dan saya mahu lagu ini dikenali ramai. Lagu ini pun sudah berusia tiga tahun.

"Pada masa yang sama saya tak berpeluang untuk mempromosikan lagu ini. Ikutkan lagu ini pihak MVM Production yang buat promo tetapi hanya edaran sahaja dan selebihnya inisiatif sendiri," ujarnya kepada Sensation2u.

BACA: #GAPOEVER Fatimah Birminghim Jadi Trending
Lagu empunya diri, Mohd. Nazri Mohd. Don telah mendapat sentuhan sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi terkenal Asfan Shah.
Ditanya lebih lanjut apakah antara kecaman yang diterimanya;

"Ramai yang kecam apa motif saya buka baju, dan ada pula yang cakap saya buka baju untuk mencari publisiti murahan serta tak faham jalan cerita MV.

"Dan paling teruk saya dikecam oleh sekumpulan golongan transgender, mengenai isu kapsyen di IG dan di Facebook page saya," jelasnya.
Pun begitu, Naz yang juga merupakan seorang anggota badan beruniform tetap berjuang kerana masih ada yang terus memberikan kepercayaan dan sokongan ke atas dirinya.

"Ramai yang masih menyokong saya dan ramai juga yang tidak tahu kewujudan saya masih aktif atau tidak dalam industri ini.

"Iya lah mungkin kurang show dan kurang promosi di stesen radio dan di TV," katanya yang menjadikan Faizal Tahir dan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagi idolanya.
Untuk rekod, Naz juga merupakan seorang pengusaha gimnasium BS Fitness & Gym Centre bersama rakannya, Badlisyah di Wangsa Maju dan penaja lokasi sesi penggambaran peserta Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018).

Comments