Skip to main content

"Orang Melayu Dah Mula Sedar" - Azri Khairuddin

Barber atau tukang gunting rambut lelaki, itu lah antara kerjaya mahupun cabang perniagaan yang menjadi pilihan utama anak muda hari ini.

Sedari dulu lagi, cabang ini sebenarnya dimonopoli oleh golongan bangsa lain.

Pun begitu, pengusaha Uncle Barbershop, Azri Khairuddin, 26, yang juga merupakan seorang finalis Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018) tidak ketinggalan untuk merebut peluang yang ada.

"Orang Melayu sudah mula sedar bahawa barbershop dimonopoli oleh golongan bangsa lain, jadi jangan lepaskan peluang.

"Saya pula sebelum ini merupakan seorang graduan Sains Sukan dan bekerja dalam bidang yang sama, tetapi tidak lama kerana kontrak.

"Selepas itu baru terjun dalam bidang perniagaan. Bermula dengan sekadar belajar menjual pomade (minyak rambut) kemudiannya belajar pula menjadi seorang tukang gunting rambut dan akhirnya saya kini sudah mempunyai barbershop sendiri," katanya kepada Sensation2u.



Pada masa yang sama, anak kelahiran Pulau Mutiara ini juga tampil memberitahu, orang Melayu sebaiknya pergi ke kedai gunting rambut Melayu kerana lebih selamat.
BACA: Lutfi Azman Rela Ditaja!
"Tambah pula, jika kita pergi ke barbershop bukan Melayu, kita tidak tahu sama ada tangan mereka bersih daripada najis haiwan, ini juga antara faktor kesedaran yang timbul dalam benak fikiran pengusaha seperti kami," ujarnya yang sudah berpengalaman tiga tahun.

Dalam perkembangan lain, Uncle Barbershop kini dalam tempoh berehat bagi memberi ruang kepada tuannya selaku Mister Pulau Pinang beraksi di pentas dunia peragaan selama tiga bulan.

Bagi mereka yang merindui sentuhan magika Azri boleh hubungi dan beliau masih tetap menjalankan khidmatnya secara terus ke rumah anda.

"Buat masa ini saya fokus pada aktiviti MPM2018 namun jika ada panggilan saya akan ke rumah orang itu," jelasnya.


Untuk rekod, Uncle Barbershop Azri terletak di Kepala Batas, Taman Sri Serdang.

Ditanya siapakah antara finalis lain yang menjadi persaingan sengit kepada dirinya, ini jawapnya;

"Rasanya yang saya dapat lihat, Mister Pahang (Fadzhil Noor), Mister Melaka (Lee/Padlie Adek), Mister Negeri Sembilan (Lutfi Azman), Mister Labuan (Arfan Aris), dan Mister Kelantan (Hilmie Hisham)," katanya ringkas.

P/s: Good luck Azri semoga beroleh kemenangan buat Mister Pulau Pinang. Ohya bagi you all yang tertanya kenapa nama barbershop Azri letak Uncle? Katanya nak kekalkan bisnes tu sampai ke tua, sampai dah ada anak-anak. Hebat visi kan. Bagus di usia muda sudah ada bisnes.

Ikuti perkembangan Azri di laman sosial Facebook dan Instagram @Misterplanetmalaysia atau @azrictk

Comments