Skip to main content

Teater Muzikal OlaBola Vazz!

Apa yang bakal anda saksikan adalah sesuatu yang luar biasa. Sebuah karya sentuhan Puan Seri Tiara Jacquelina diadaptasi dari layar lebar dan diangkat ke pentas berskala besar. Cukup mengkagumkan.

Pementasan Teater Muzikal OlaBola memang luar biasa apabila berjaya menggarap teknik kesan visual dan seni grafik dari awal persembahan sehingga habis.

Mampukah anda bayangkan sebuah stadium besar dimuatkan ke dalam pentas Istana Budaya?

Dan bagaimana pula barisan pelakon seperti Luqman Hafidz, Kai Chalmers, Iedel Putra dan ramai lagi beraksi?

Bagaimana babak perlawanan bola sepak antara dua pasukan dan babak ketika menjalani kursus ketenteraan dijalankan?
Jadi jangan lepaskan peluang saksikan sendiri secara dua mata dengan menempah tiket di www.olabolamusical.com
BACA: 7 Fakta Menarik Tentang Kai Chalmers, Lincah Beraksi Dalam OlaBola Musical
OlaBola Musical telah bermula sejak 8 Februari dan akan berlangsung sehingga 11 Mac.

Ketika tayangan perdana malam media dijalankan, rata-rata pihak media dan pengunjung jemputan berpuas hati. Begitu juga Tiara.
"Berpuas hati! Untuk dibelakang tabir sahaja mereka yang terbabit menjayakan dan menghidupkan teater muzikal ini sebanyak 200 orang.

"Seramai 74 orang di atas pentas dan selainnya ialah mereka yang bekerja menjaga penataan cahaya dan muzik. Semuanya bekerja saling melengkapi.

"Cabarannya syok. Ini kerana untuk mereka yang pertama kali beraksi di atas pentas seperti Luqman, Brian, dan Melissa, mereka bekerja sangat kuat untuk tiga bulan lalu dibawah Joanna Bessey dari Enfiniti.

"Every single day is an education for them. They're so hardworking and dedicated," ujarnya.
Pada masa sama Tiara turut memuji kehebatan spontan Altimet.
BACA: Gandingan Baharu Azmi Saat & Daly Filsuf Dalam Kata Juang
"Altimet! He is a Rap God of Malaysia. Bagi saja situasi dan verse, dia mampu berikan. How quickly! In fact, the whole musical music lyrics completed in 3 weeks," katanya.

Bagi anak kacukan Amerika-Cina Malaysia pula, memberitahu Tiara tidak mengabaikan kebajikan pasukannya.
"Persembahan OlaBola Musical cukup menakjubkan. Tiara layan kami semua sama rata, ambil berat tentang kesihatan dan termasuklah makan minum kami dijaga. Apa yang ditekankan kepada kami ialah supaya fokus pada pementasan ini," ujarnya.
Sementara itu, walaupun Iedel Putra sudah berjinak sejak di tunas budaya, namun akui penglibatannya pada kali ini ada kelainan.

"Menarik minat saya bagaikan National Call ataupun tanggungjawab untuk melakonkan karya patriotik.

"Sebuah kelainan di mana jelas elemen-elemen yang diterapkan di atas pentas agak asing bagi saya," jelasnya.

Manakala pelakon utama iaitu Luqman pembabitannya diibaratkan seperti langkah kanan.

"Pengalaman manis buat saya apabila diberi peluang dan ruang sekali lagi untuk menjayakan OlaBola yang diangkat ke pentas teater. Untuk ini terima kasih kepada Chiu Keng Guan.

"Manakal Tiara pula banyak memberi tunjuk ajar dan memahami saya daripada seorang pelakon layar ke atas pentas. Memudahkan kerja saya tampak menarik setiap hari," tuturnya.

Comments