Skip to main content

(VIDEO) Tergamak Pukul Isteri, Ini Reaksi Orang Awam

Tular video seorang lelaki difahamkan telah memukul isterinya dengan menggunakan bahan keras, topi keledar di tempat awam.

Walau bagaimanapun, wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga itu berjaya diselamatkan oleh orang awam.

Lazimnya, masyarakat lebih bersifat berdiam diri apabila berlakunya isu keganasan rumah tangga di tempat-tempat terbuka. Siap rakam dan meraih likes.

Apa yang berlaku sebaliknya telah membuka mata orang awam sedar akan keganasan rumah tangga di tempat awam hendaklah dibendung dengan kadar segera.
BACA: "Kami Hanya Menjalankan Tugas" - Jelas Finalis MPM2018 Selepas Dikecam Netizen Kerana Menggayakan Baju Rekaan Salikin Sidek
Semoga video rakaman ini menjadi kesedaran buat kita semua untuk menjalankan tanggungjawab sekiranya berlaku perkara seumpama ini.

Untuk rekod, laporan statistik keganasan rumah tangga di Malaysia melibatkan wanita sebagai mangsa adalah sebanyak 40 peratus daripada tahun 2010 sehingga Mac 2017 dan statistik PDRM jua memaklumkan ada peningkatan peratusan setiap tahun (Utusan,2017).


Comments