Skip to main content

5 Artis Raikan Majlis Santai Bersama Anak-Anak Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari

Bade Arell Ahmad, Ruhainies, Risteena, Alif Hero Remaja 2017, dan Syafiq Kyle (diwakili Skylovers FC), merupakan antara barisan artis yang hadir dan meraikan majlis santai bersama 76 anak-anak yatim di Shah Alam, Ahad lalu.

"Alhamdulillah event kali ini amat bermakna kerana dapat mengumpul berbagai keperluan dan memudahkan pengurusan rumah amal tersebut.

"Selain dari itu jelas terpancar cahaya kegembiraan anak-anak yang berada di sana.

"Event seperti ini seharusnya diteruskan lagi di masa hadapan dan tak lupa juga kerjasama artis-artis yang sangat membantu menceriakan anak-anak tersebut.
"Jadi program seperti ini juga pada masa yang sama dapat membuka peluang kepada penaja-penaja dan para artis untuk beramal jariah," ujar Rosniza Mohd Rafit kepada Sensation2u.

Antara barangan keperluan yang diberikan kepada Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari seperti:
1. Beras
2. Gula
3. Susu tepung kanak-kanak
4. Susu tin
5. Tuala wanita
6. Pampers
7. Karpet
8. Kewangan
9. Kelegkapan kering
10. Seperti penyapu ,clorox,
11. Tempat penyangkut baju
12. Karpet
13. Tikar
14. Tuala mandi
15. Seluar sukan dan macam-maca lagi.

Sungguh terpancar keceriaan di wajah anak-anak. Benar kata penganjur aktiviti berfaedah seumpama ini elok diteruskan pada masa mendatang.

Jalinan seperti ini amat diperlukan oleh anak-anak yatim. Sama-sama kita doakan buat penjaga dan pentadbir rumah ini selalu berada dalam keadaan yang sihat agar dapat menjaga kebajikan anak-anak.

Comments