Skip to main content

Keluarga Terkejut Dengan Perubahan Diri Asyraf Roslee

Sejak pembabitan kali pertama dalam bidang peragaan, Ahcap Lee atau nama asalnya Asyraf Roslee berkata, ahli keluarga terkejut dengan perubahan dirinya.

"Sebelum ini saya seorang yang pemalu dan tak biasa bercakap dengan orang, namun setelah menyertai Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018) mereka sedari saya sudah berubah," kata Mister Sarawak kepada Sensation2u.

Menjawab soalan mengenai rupa paras, pucuk muda berkulit putih berbadan sasa ini berpendapat, ia bukanlah batu loncatan untuk menyarung status pelakon utama dalam bidang seni lakonan.
BACA: Nawaitu Nak "Try" Tu Ada
"Ini kerana saya juga bermula dari bawah sebagai seorang pelakon tambahan.

"Berbalik pada rupa saya anggap sebagai satu kelebihan yang Allah dah kurniakan dan saya gunakan sebaik-baiknya.

"Walau bagaimanapun, saya tetap menghadiri kelas-kelas lakonan untuk mengasah bakat dan meningkatkan lagi prestasi lakonan saya," jelasnya.
BACA: Zalikha, Aqilah, Buat Floor88 Risau
Perubahan positif elok lah tu. Jangan esok dah popular lupa daratan pula. Semoga adik kita ini tidak begitu bila dah mendapat tapak dalam arena hiburan di Malaysia.

Ikuti perkembangan Ahcap di Instagram @ahcaplee dan di akaun @misterplanetmalaysia. Manakala di FB page, Mister Planet Malaysia dan Asyraf Roslee MPM 2018.

Comments