Skip to main content

Nawaitu Nak "Try" Tu Ada

Bekerja sebagai seorang usahawan, anak muda ini kemudiannya berjinak-jinak pula dalam bidang peragaan.

Menurut Padli Adek atau lebih mesra dipanggil sebagai Lee, 27, dorongan orang ramai buat dirinya terpanggil untuk bergelar sebagai seorang model.

"Mula-mula saya tak arif tentang dunia peragaan ini.

"Namun, bila saya berjumpa dengan ramai pelanggan, mereka banyak memberikan dorongan untuk saya mencuba.

"Nawaitu nak mencuba memang ada. Jadi selepas itu saya pun cari jalan bagaimana nak melibatkan diri di dalam industri ini," ujarnya kepada Sensation2u.
BACA: "Orang Melayu Dah Mula Sedar" - Azri Khairuddin
Ditanya lebih lanjut siapakah individu yang membantu dan mengenalkan Lee ke pentas peragaan, ini jawapnya:

"Individu tersebut ialah Sofia, dia yang sarankan saya dan bawa saya ke casting. Pendek kata, segala urusan berkaitan dia yang bantu.
BACA: Lutfi Azman Rela Ditaja!
"Sehinggalah satu masa Sofia maklumkan kepada saya mengenai Mister Planet Nation Malaysia (MPM) dan menyuruh saya untuk sertai.

"Jadi saya pun berusaha untuk memasuki MPM2018," jelas Lee kini merupakan seorang peserta (MPM2018) mewakili negeri Melaka.
Berbicara mengenai bisnes pula, Lee ini sebenarnya ada cerita menarik dalam usahanya untuk mengubah kehidupan diri dan keluarga.
"Sejak berusia 15 tahun lagi saya sudah mula berniaga secara kecilan dengan menjual kraf tangan di tepi jalan Bukit Bintang.

"Ketika itu saya juga sudah lali dengan DBKL. Dalam kata lain saya pernah dikejar pihak itu.

"Tapi, memandangkan wajah masa itu muda, pihak mereka pun belas kasihan kat saya," ujarnya seloroh.

"Jadi alhamdulillah hari ini setidaknya saya tidak perlu lagi merasai kesusahan masa lalu dan kini berniaga sendiri dengan menjual baju di karnival di luar bandar contoh di felda," katanya.

Ikuti perkembangan Lee di Instagram @Mctlee atau di @misterplanetmalaysia dan di FB page nama yang sama.

Comments