Skip to main content

Tiada Dengki & Bermasam Muka Antara Adik Beradik

Kalah ataupun menang, itu lah adat pertandingan. Hanya seorang sahaja layak menerima gelaran sebagai juara.

Menariknya, edisi kelima pertandingan Mister Planet Nation Malaysia (MPM2018) menampilkan adik beradik iaitu Mister Selangor, Muhammad Darwis Abdullah, 24 dan adiknya, Mister Kuala Lumpur, Ahmad Shahrul Nizam Abdullah, 22.

Ketika ditanya bagaimanakah strategi mereka berdua dalam misi untuk menjuarai MPM2018, ini penjelasan mereka.
BACA: Nawaitu Nak "Try" Tu Ada
"Kalau ikutkan hati memang nak menang, namun tak kisah kalau dia menang, mungkin rezeki saya di luar sana.
"Setidaknya menerusi platform MPM ini saya dapat kembangkan bakat dan pengetahuan am. Jadi boleh manfaatkan di luar sana," ujar Shahrul kepada Sensation2u.

Pada masa yang sama, Mister Kuala Lumpur berpendapat abangnya layak menang kerana:

"Kelebihan abang mungkin pada pengetahuan dan pengalamannya lebih luas berbanding saya serta abang pernah terlibat dalam industri peragaan.

"Manakala saya pula hanya senang berkomunikasi dengan orang ramai.

"Tak nafikan juga dalam tugasan MPM ini pun abang ada juga beri tunjuk ajar, tapi tidak lama sebab saya sudah faham bagaimana untuk pikul tanggungjawab yang diamanahkan," jelasnya.
BACA: Keluarga Terkejut Dengan Perubahan Diri Aysraf Roslee
Sementara abangnya berpendapat sebaliknya:

"Siapa yang tak menang kalau diberi peluang. Tetapi kami adik beradik jadi seharusnya berikan sokongan sesama kami.

"Jadi dalam pertandingan ini tiada istilah perasaan dengki dan bermasam muka. Bagi saya adik ada pakej, ibarat lelaki melayu terakhir.

"Dalam tugasan yang diberikan pula, adakalanya kami saling bantu-membantu dan berikan cadangan," tuturnya yang ahli keluarga turut berasa bangga dan teruja melihat mereka terpilih menerusi landasan MPM2018.

Wah bagus betul dua beradik ini bersaing. Bersih dan jujur. Tapi dalam hati siapa tahu bukan? Good luck korang.

Ikuti perkembangan mereka di Instagram @misterplanetmalaysia @darwis_abdullah @shahrulnizamx_ dan di FB page Darwis Abdullah MPM2018 dan Shahrul Abdullah MPM 2018.

Comments