Skip to main content

Wani Kayrie Dapat 7A Dalam SPM

Penyanyi Wani Kayrie, 18 berjaya memperoleh 7A daripada sembilan mata pelajaran yang diambilnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang didukinya pada tahun lalu.

Berkata kepada Sensation2u, bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman Petaling Jaya itu ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi membesar serta mendidiknya selama ini.

“Saya enggan meminta sebarang hadiah daripada orang tua saya kerana telah banyak yang mereka belanjakan untuk memberi pendidikan secukupnya.

“Selepas ini tiba giliran saya untuk membahagiakan mereka. Buat masa ini, saya belum merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya,” ujar Wani ketika dihubungi.
BACA: Keluarga Terkejut Dengan Perubahan Diri Aysraf Roslee
Pun begitu, jelas Wani, dia telah memperoleh biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT swasta, namun membuat keputusan untuk menangguhkan seketika peluang tersebut kerana mahu fokus terhadap karier nyanyiannya.

“Pihak penaja pun sedia maklum tentang hal ini dan memberi saya sedikit waktu untuk kembali meneruskan pengajian.

“Saya tidak akan mensia-siakan tawaran tersebut demi masa depan yang lebih terjamin,” jelasnya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Comments