Skip to main content

Zalikha, Aqilah, Buat Floor88 Risau

Selepas kejayaan single pertama berjudul Zalikha berjaya menambat hati pendengar, band Floor88 mengakui mereka agak risau jika single kedua tidak dapat melepasi lagu pertama.

Menurut vokalis, Ayie Elham, 22, ini berikutan pendengar ada selera masing-masing.

"Kami tak kisah andai orang nak bandingkan dengan Zalikha, sebab, Aqilah ini adalah kesinambungan kepada Zalikha.

"Dan kami masih lagi membawa genre yang lebih kurang macam Zalikha. Tetapi, kali ini, muzik Aqilah agak keras sedikit berbanding Zalikha," ujarnya kepada Sensation2u.

Untuk rekod, komposer dan penulis lirik Aqilah ini masih orang yang sama, iaitu gitaris Floor88 sendiri (ZAI HAMZAH/ACHOI).
BACA: "Orang Melayu Dah Mula Sedar" - Azri Khairuddin
Manakala Apak Harry Khalifah adalah produser untuk lagu Aqilah, sama seperti Zalikha.

Sinopsis lagu Aqilah

Merupakan sambungan darilada Zalikha, ia mengisahkan tentang adik tiri Zalikha, iaitu Aqilah.

Konsep kali ini lebih kurang macam Zalikha. Dalam Muzik video menceritakan, Floor88 sekali lagi tertarik dengan seorang wanita yang bernama Aqilah sewaktu “promp night”.

Dan semua masih cuba untuk menambat hati Zalikha. Akhir sekali, yang berjaya mencuri hati Aqilah adalah...saksikan video di bawah ini.

Comments