Skip to main content

3 Kali Tukar Nama Bukan Sebab Sakit - Raez Al-Idid

Bintang baru, Raez Al-Idid memberitahu kepada Sensation2u, pertukaran nama panggilannya tidak ada kaitan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, hal sedemikian adalah untuk mengelakkan daripada orang ramai terkeliru dengan artis yang mempunyai nama yang sama.

"Sebelum ini saya menggunakan Syed Shafiq namun ada pula nama yang sama dengan nama artis lain.

"Selepas itu nak guna dan letak nama Rais tetapi kedengaran kurang komersial.

"Jadi saya ambil keputusan dengan meletakkan Raez Al-Idid sahaja," ujarnya ketika ditemui pada majlis hari ulang tahun kelahiran aktres, Jasper Supayah.
BACA: Ekmal Suhaimi Buka Je Ada Yang Goda!
Walaupun anak muda ini masih hijau dalam lapangan seni hiburan, Raez mengakui masih hijau dan banyak lagi yang perlu dipelajari.

"Enam bulan saya memulakan karier sebagai seorang pelakon selepas menerima didikan oleh pengarah Haji Zeel, saya ada juga masuk kelas ibu Fauziah Nawi dan Fauziah Ahmad Daud.

"Setelah mengikuti kelas saya sudah nampak akan bagaimana nak menjiwai watak dan macam mana nak menghidupkan watak dengan lebih bermakna," katanya.

Berbicara soal masa depan pula, Raez Al-Idid atau nama penuhnya Syed Shahrul Shafiq Syed Naharudin, menyandarkan ilmu yang dipelajarinya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Jurutera Teknologi Maklumat sebagai satu emergency kit.
BACA: "Saya Tak Pernah Menolak" - Afiq Afendi
"Saya masih lagi belajar di tahun akhir dan insyaALLAH akan habis pasa bulan Oktober depan.

"Di dalam bidang lakonan ini ada turun dan naiknya, tengok bagaimana akan masa depan saya nanti, at least ada degree untuk bekerja andai lakonan saya tidak menyerlah.

"Tidak menafikan tawaran setakat ini alhamdulillah ada juga watak utama, tapi saya risau sikit sebab masih hijau lagi.

"Bukannya menolak namun tidak mahu menghampakan individu yang percaya dengan bakat kita.

"Oleh itu, saya akan berjumpa dengan pengarah untuk berbincang macam mana dia mahukan watak itu hidup.

"Selepas itu saya ambil inisiatif dengan mengulangkaji mengenai watak berkenaan," jelas Raez yang baru sahaja membintangi sebuah Drama Mr Grey siaran Astro Ria 104.

Tambahan lagi, figura tinggi lampai yang lahir pada bulan September tanggal 11, 1994, dalam masa terdekat ini Raez akan mengikuti kelas vokal untuk mengisi kekurangannya.

"Dalam bulan ini saya akan mengambil kelas vokal untuk perbaiki masalah intonasi ketika berlakon," katanya ringkas.

Umum bagi pelakon baru, netizen gemar menjadi juri awam dengan melihat sejauh mana kebolehan artis-artis baharu berlakon, lazimnya keputusan netizen memang negatif. Auch!

"Andai ada yang memberikan komen lakonan saya nampak kayu saya akan ambil sebagai positif untuk perbaiki mutu dan kualiti lakonan saya," tuturnya.

Comments