Skip to main content

Abang Polis Cari Hannah Delisha?

Biarpun bakatnya belum dicungkil apatah lagi diasah, anggota badan beruniform, Faiz, 20, berhasrat agar satu hari nanti, dapat bergelar sebagai seorang pelakon.

"Kalau bukan seorang anggota Polis, saya mahu jadi pelakon sebab minat sangat dalam bidang lakonan.

"Andai diberikan peluang, antara selebriti terkenal yang ada, saya mahu bergandingan dengan aktres Hannah Delisha," katanya kepada Sensation2u.

Anak jati Kuala Kangsar, Perak, memberitahu, pada masa ini beliau belum berkesempatan untuk menonjolkan bakatnya lagi.

"Sebenarnya besar keinginan saya nak pergi ke ujibakat tetapi masa luang tak ada lagi. InsyaALLAH, jika ada peluang mendatang saya akan datang," ujarnya.
BACA: Macam Ada Batu Penghalang - MJ
Ditanya andai esok sudah menjadi artis, adakah Muhamad Faiz Zainudin, sudah bersedia untuk menghadapi cabaran yang bakal mendatang?
"Iya lah, untuk bergelar sebagai seorang pelakon yang serius dan mahukan kerjaya ini sebagai periuk nasi pada masa akan datang, sudah tentu akan saya sahut cabaran yang ada dalam dunia hiburan ini," jelas Faiz yang mendapat sokongan daripada kedua orang tuanya.

Apa kata ada masa luang di luar tugasan, Faiz cuba tonjolkan bakat berlakon itu menerusi media sosial. Andai bertuah, pengarah mahupun produser pasti akan menyedari kewujudan adik.

Kalau mereka berminat pasti ada mesej di akaun media sosial adik, jadi tak perlu beratur panjang dan bersaing dengan puluhan bakat lain untuk sertai ujibakat.

Saban tahun banyak juga pencarian bakat-bakat baru diadakan, sebagai contoh Pencarian Bakat Baru Drama Festival Kuala Lumpur. Jadi pergi sahaja, good luck.

Comments