Skip to main content

Ekmal Suhaimi Buka Je Ada Yang Goda!

Difahamkan, pendatang baru yang masih hijau dalam arena seni hiburan, pelakon, Ekmal Suhaimi memberitahu pernah melalui saat "seram sejuk" ketika menghadiri casting baru-baru ini.

"Awal tahun 2018 saya ada datang untuk casting berlakon di sebuah ibu kota.

"Masa itu saya tengah tukar baju di bilik sebelah. Tengah saya salin baju tak sempat butang lagi, talent ni terus meluru dekat saya.

"Saya tak fikir panjang terus keluar bilik sebab lain macam sangat gayanya, macam nak menggoda," katanya kepada Sensation2u.
A post shared by Marlsuhaimi (@ekmalsuhaimi) on
Meskipun Ekmal, 21, perlu bersaing dengan pelakon-pelakon baru di luar sana, anak berdarah kacukan Indonesia ini percaya satu hari nanti usahanya yang tidak mengenal erti mudah putus asa akan membuahkan hasil.
BACA : "Saya Tak Pernah Menolak" - Afiq Afendi
"Saya takkan mengalah kerana saya anggap ini sebagai satu cabaran buat diri saya. Dan malah, kerjaya lakonan sudah sebati dalam diri saya.

"Jadi, saya akan tunjukan pada satu hari nanti saya akan menjadi pelapis baru dan bintang yang bersinar.

"Saya akan buktikan kepada keluarga dan rakan-rakan. Untuk itu, saya akan terus belajar dan ambil ilmu daripada pelakon-pelakon hebat seperti cikgu Fauziah Nawi, Fauziah Ahmad Daud dan sis Sheila Rusli," ujarnya.
A post shared by Marlsuhaimi (@ekmalsuhaimi) on
Antara karya Ekmal yang pernah dibintanginya:

1. Telemovie checklist hyptv - Memegang watak kecil iaitu sbg Boyfriend kepada si heroin iaitu Shikin Kamal.
2. Telemovie sesuci jahada ihram RTM- Memegang watak kecil iaitu sbg Anak derhaka kepada emaknya sendiri.
3. Drama nota buat cempaka - Memegang watak kecil iaitu sbg sepupu Daler yusof.
4. Drama my coffee prince - Memegang watak kecil iaitu sbg Organiser.
5. Drama sejadah untuk dia - Memegang watak kecil iaitu sbg peguam kepada watak utama iaitu Adi Putra.
6. Filem Cinta romusha - Memegang watak kecil iaitu sbg askar Jepun.
7. TVC Samsung Pride in malaysia
8. TVC JobStreet
9. TVC Nuvit skin care
10. TVC Property

Mujur lah awak mengelak dik, kalau tak mengelak lain pula jadinya nanti. Tindakan cukup bijak!

Comments