Skip to main content

Fathia Latiff Buat "Comeback" Ada 2 Lelaki Cuba "Beli" Hatinya

Setelah puas berehat dan menenangkan diri daripada asakan kritikan netizen gara-gara kontroversi di media sosial sebelum ini.

Aktres, Fathia Latiff kini sudah pun mula beraksi dalam sebuah telemovie raya berjudul Matilahnak, terbitan Zeel Production Sdn. Bhd.

Terdahulu, anak kelahiran pulau mutiara ini tampil dalam satu kenyataan media memberitahu kembalinya dengan semangat baru.
BACA: Belum Habis Dia Dah "Chow"
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Fathia, 30, melakonkan watak pontianak dengan penuh bertenaga meskipun sudah larut malam.
Sekembalinya bintang popular menerusi drama rantaian Ariana Rose, dengarnya ada jejaka berketurunan Syed yang cuba-cuba mahu "membeli" hatinya.

Waima pada malam penggambaran Fathia di lokasi, jejaka berusia lingkungan 20an itu gigih turun set untuk menyaksikan aktres jelita ini berlakon.
BACA : Pengorbanan Arwan Dalam Dunia Industri Hiburan Bukan Main-Main
Menariknya, bukan satu jejaka tetapi dua! Yang lagi seorang ini pula merupakan bekas pencarian Hatta Him 2016.

Dengar pula sudah keluar tengok wayang bersama. Samada berdua ataupun ada rakan lain tak kisah lah kan, adakah lelaki kedua ini juga cuba-cuba mahu "membeli" jiwa Fathia? Jika benar, cepat-cepat lah pinang, nanti lelaki pertama kebas pula.

Kedua-dua jejaka ini masih lagi menuntut di sebuah universiti ibu kota dan merupakan pelapis baru dalam industri hiburan tempatan.

Comments