Skip to main content

Fizi Amer Belum Tawar Hati

Dalam hidup, masa depan adalah satu perkara yang mustahil untuk kita ramal apa yang bakal terjadi kepada diri kita.

Begitu juga buat pemilik nama Fizi Amer, daripada seorang guru kini bergelar sebagai pelakon.

"Sejujurnya saya tidak pernah terfikir menceburi bidang lakonan kerana matlamat saya hanya ingin menjadi seorang cikgu bertauliah.

"Sebagai manusia biasa, saya hanya mampu merancang, yang menentukan Yang Maha Esa.

"Jadi, andai diri saya memang dilahirkan untuk berkarya dalam industri lakonan, saya bersiap bersedia menyahut cabaran," katanya kepada Sensation2u.
BACA: Puteri Khareeza Mahu Jadi Hakim
Diajukan soalan bagaimanakah Fizi boleh menyedari dia berbakat dalam bidang lakonan? ini penjelasannya.
"Pada awalnya saya kurang minat kerana saya lebih tertumpu kepada bidang peragaan. Akan tetapi saya sedar untuk membina nama bukan lah semudah yang disangka.

"Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha, jadi saya mencuba nasib dalam bidang lakonan bagi melariskan nama serta dikenali masyarakat.

"Permulaan saya agak susah namun kena bijak mengambil peluang yang diberikan samada watak kecil ataupun besar, bila beraksi kena berikan sebaik-baiknya," jelasnya.
Jelas Fizi atau nama penuhnya Muhammad Nurhafizi Amer, 24, ketika ditemui di lokasi penggambaran Telemovie Raya Matilahnak, terbitan Zeel Production Sdn. Bhd, arahan Azmir Affandi.
BACA: Pengorbanan Arwan Dalam Dunia Industri Hiburan Bukan Main-Main
Walau bagaimanapun, anak kelahiran Klang ini tidak menafikan andai suatu hari nanti dia bakal kembali semula menjadi warga pendidik.

"Saya pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru dan Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Kapar Indah. Kedua-duanya terletak di Lembah Klang.

"Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).

"Saya tidak meneruskan disebabkan hal tertentu. Bukan kerana saya 'lupa matlamat' tetapi penghalang yang datang menyebabkan saya berhenti seketika.

"Insya-ALLAH jika masih ada rezeki bergelar cikgu pasti saya akan teruskan. 'Tembakkan' doa kalian mengiringi kejayaan saya kelak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain Fizi bakal mengikuti penggambaran drama Rahsia Kasih NTV7 terbitan Suhan Production yang dijangka mula pada bulan Mei ini.

Comments