Skip to main content

Lapan Jam Kaki Di Atas, Kepala Di Bawah - Umie Aida

12 tahun penantian filem yang dinantikan, Dukun akhirnya menemui penonton bermula esok.

Menurut pelakon hebat Datin Paduka Umie Aida, 44, beliau berasa berpuas hati setelah melihat keseluruhan filem itu ditayangkan ketika tayangan perdana diadakan pada petang tadi bertempat di TGV, KLCC, Kuala Lumpur.

"Perasaan saya alhamdulillah selepas 12 tahun akhirnya filem ini keluar dan dapat dikongsikan bersama penonton.

"Jadi memang ia nya satu kepuasan bila dapat berkongsi watak yang saya suka bawa," ujarnya teruja.

Demi menghidupkan watak dan tampil dengan keaslian tersendiri, Umie mengambil inisiatif dengan membela seekor ular.

"Dari segi penjiwaan watak sebagai Dania Dahlan pula, saya bela ular selama dua bulan.

"Saya mengkaji mata dan gerak tubuhnya, hatta tidur pun dengan saya. Sedikit sebanyak saya pun dapat faham karaktor ular," katanya sambil berseloroh.
BACA: Adira Dedah Kisah Hati Dalam "Sembunyi"

Selain itu juga, Umie berkongsi antara cabaran lain yang menguji kemampuannya.
"Antara aksi yang mencabar sudah tentunya ketika melakonkan aksi kaki di atas, kepala di bawah, babak itu memang susah sangat dan memakan masa selama lapan jam. Pun begitu hasilnya memuaskan hati," jelasnya.

Seterusnya, Umie tidak menafikan ketika menerima dan membaca skrip filem Dukun sememangnga mempunyai kelainan tersendiri.

"Of course... wow, very strong character. Dan saya suka dengan setiap cabaran yang saya terima.

Mengulas lebih lanjut mengenai persembahan Umie dalam filem Dukun, sebagai pengarah, Dain Iskandar Said kagum dengan prestasi yang ditonjolkan oleh aktres itu.

"Superb! What can i say, is when she walks in that room, seat n dealts with the lawyers. She's amazing," tutur Dain.

Hebat bukan! Saksikan tayangan filem Dukun bermula esok, 5 April 2018.

Awas jangan sampai termimpi ya, akhirnya kita bertemu di pawagam.
P/s: tapi babak mana pula yang mengatakan ada kaitan dengan sejarah hitam tragedi pembunuhan kejam di Malaysia satu ketika dulu ya?

Comments