Skip to main content

Macam Ada Batu Penghalang - MJ

Jika tahun sebelum ini perjalanan penyanyi duo berkumpulan Meeyo dan Joe (MJ) gigih mencari tapak di lapangan seni, akhirnya menerusi pertaruhan single pertama mereka berjudul DELUSI berjaya memikat hati pendengar di luar sana.

Jelas perkara ini dapat disaksikan sebaik drama rantaian popular di TV3 Zahir Tak Terucap bakal menutup tirai, DELUSI terus menjadi siulan di bibir orang ramai.

"Terus terang cakap tanpa drama memang perjalanan lagu kami seakan sendu dan perlahan.

"Namun tidak dinafikan, kejayaan pertama hari ini disebabkan adanya kawan-kawan dengan produksi dan Media Prima serta bantuan daripada pengarah.

"Jadi, sedikit sebanyak bagi kami main official sounds track (OST) dalam sebuah drama Zahir Tak Terucap dah cukup besar impaknya," ujar Joe kepada Sensation2u.
Sementara itu, menurut Meeyo DELUSI sebelum ini pernah menjadi OST selingan buat drama Astro Ria, lakonan Alvin Chong dan Emma Maembong, Awak Suka Saya Tak.

"Daripada situ saya nampak lagu ini boleh pergi jauh.

"Dalam mempertaruhkan single pertama kami ada mencuba dengan drama lain tetapi mungkin tidak kena.

"Alhamdulillah drama Zahir Tak Terucap akhirnya memberikan ruang dan peluang kepada kita orang untuk tampil dan sebagai artis duo baharu," kata Meeyo menambah Muzik video DELUSI akan keluar di You Tube bermula 12 April 2018.

Tambah Joe lagi, usaha perit jerih mereka seperti ada batu pengahalang.

"Dalam setahun lalu kami berusaha untuk menaikkan lagu ini, cuba untuk mengetengahkan seni suara, namun macam ada yang menghalang dan susah untuk menembusi pasaran.

"Bagaimana pun, kami hari ini masih berjuang kerana adanya peminat-peminat yang masih memberikan sokongan yang tidak putus-putus, terima kasih sayang" tuturnya berseloroh.

Usaha anak muda ini untuk berjaya tidak terhenti di sini, untuk makluman mereka kini terjun dalam bidang bisnes dengan menjual minyak wangian yang kini sudah boleh di dapati di pasaran online seperti Instagram dan Facebook.

Layari IG @vune_nova FB Vunenova ataupun secara terus di HQ No.6-2 Blok C Paltinum Wall, Jalan Langkawi, Danau Kota, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.

Comments