Skip to main content

Pengorbanan Arwan Dalam Dunia Industri Hiburan Bukan Main-Main

Dunia lakonan ataupun dunia seni, sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar. Masa dan juga tenaga.

Bukan mudah bagi seorang individu untuk membina nama di lapangan seni hiburan. Andai anda bekerja waktu ofis, tentu sukar untuk grab peluang dan tawaran berlakon yang ada.

Begitu jua nasib sang pelapis baru ini, hampir sedekad tidak beraksi kerana faktor kerja memaksanya untuk meninggalkan dunia hiburan.

"Saya berhenti atas faktor kerja dan kerana itu lah membuatkan saya terbatas untuk terlibat dalam industri ini.

"Jadi saya terpaksa lupakan dan mungkin sudah lebih sembilan tahun tidak aktif," katanya ringkas.
BACA : 3 Kali Tukar Nama Bukan Sebab Sakit - Raez Al-Idid
Walau bagaimanapun, kini Wan kembali menyinari dunia hiburan dan lebih fokus kerana meletakkan sepenuh komitmen pada dunia hiburannya.
"Saya aktif semula sebenarnya selepas ditawarkan untuk menjadi hos bagi sebuah rancangan dokumentari RTM.

"Pada mulanya saya tak nak buat, tapi bila fikir semula, saya buat terus. Bila mana sudah berdiri di depan kamera, saya rasa seronok.

"Sejak dari hari itu saya kembali ke Kuala Lumpur untuk casting dan join apa sahaja job yang ada," katanya.

Pada masa yang sama, Wan juga seperti pelakon lain yang mempunyai kenangan indah untuk diimbas kembali ketika titik permulaannya bergelar sebagai anak seni.

"Masih saya ingat lagi, sewaktu tinggal di Negeri Sembilan, hampir setiap hari dan minggu ulang alik ke KL semata-mata casting dan shooting, namun itu semua kini hanya memori buat saya," ujarnya kepada Sensation2u.

Menyingkap zaman awal pembabitannya, Wan atau nama penuhnya Arwan bin Umar, bukan sahaja di dalam lakonan malah di bidang penyiaran radio juga pernah menjadi taruhannya.

"Bukan sahaja berlakon tetapi saya pernah aktif dan terlibat dengan program Astro (menyanyi, menari, lakonan, pengacaraan, dan modelling) pada tahun 2009/2010 tak silap saya.

"Masa itu saya rajin pergi audition. Zaman itu saya bersama dengan Kay AF9 dan Fieya atau dikenali dengan Cik Fieya penyampai radio Sinar FM.
"Kami pernah mengikuti kelas lakonan oleh ibu Fauziah Nawi, dan nyanyian oleh cikgu Syafi.

"Sepatutnya selepas itu saya teruskan dengan program Anak Wayang namun sebab faktor kerja menjadi kekangan.

"Bagaimanapun, pada tahun 2014 saya cuba kembali dengan program radio, Penyampai Top Malaysia Era FM.

"Saya antara top 25, kini yang berjaya adalah Radin, Jaa Sazuran dan Hunny," jelasnya.
BACA : Abang Polis Cari Hannah Delisha
Walaupun usia sudah mencecah 31 tahun namun semangat anak seni tetap mengalir dalam tubuh sadonya.

"Saya akan biasakan diri balik seperti sembilan tahun yang lalu. Saya akan terima dari extra untuk bina contact, kenal krew dan production.

"Nak naik cepat saya tak tahu caranya bagaimana, nak masuk Mister Planet ataupun Hero Remaja umur dah terhad.
"Bagi saya tak salah berusaha dari bawah, atleast saya merasa kesusahan tetapi alhamdulillah. Tahun lepas saya rajin ke casting nak bagi orang kenal dan pada tahun ini saya dihujani tawaran.
"Dan malah ramai kenalan yang mengikuti kerjaya saya, mereka bangga kerana nampak hasil kerja keras saya," ujarnya panjang lebar.
Berkenaan lakonan terbaru, Wan baru sahaja membintangi filem Seram Musyrik yang bakal ditayangkan di pawagam selepas hari raya, gandingan pelakon utama Ashraf Muslim, Ruhainies dan Aeriel Zafriel.

Comments