Skip to main content

Puteri Khareeza Mahu Jadi Hakim

Bakat baru, Puteri Khareeza memberitahu selain mempunyai minat berlakon dia juga berhasrat untuk bergelar sebagai seorang Hakim satu hari nanti.

"Sekarang ini tengah belajar dalam bidang Perundangan di UiTM semester kedua. Namun bila dah mula berlakon ini tengok dulu macam mana percaturan untuk masa depan.

"Kerana dalam bidang lakonan pun masih baru dan banyak lagi yang perlu saya pelajari.

"Insya-Allah ada rezeki dan peluang saya mahu jadi seorang Hakim Sivil," katanya kepada Sensation2u.

MENYANYI
BACA: Fathia Latiff Buat "Comeback" Ada 2 Lelaki Cuba "Beli" Hatinya
A post shared by Puteri Aszfaryna Khareeza (@puterikhareeza) on
Selain mempunyai pakej sebagai seorang pelakon yang cantik dan boleh berlakon dengan baik, gadis remaja ini juga mempunyai suara emas dan bakat nyanyian itu dijadikan sebagai sandaran kerja separuh masa di sebuah kelab ibu kota.

"Sejak kecil lagi dari seawal usia 7 tahun sudah menyanyi dan memasuki pertandingan nyanyian, antaranya Bintang Kecil RTM dan ketika berusia 12 tahun pula saya masuk Idola Kecil.

"Jadi, menyedari adanya bakat menyanyi, abang mendorong saya untuk terus menyanyi dan mengajar saya tentang muzik.

"Sekarang ini dalam tempoh belajar, bila mana ada sahaja masa lapang saya akan menghabiskan masa tiga malam dalam seminggu dengan mencari duit poket tepi," kata Puteri yang berduet dengan abang kandungnya.

BERLAKON
BACA: 3 Kali Tukar Nama Bukan Sebab Sakit - Raez Al-Idid
Berbicara soal lakonan pula, Puteri Khareeza atau nama penuhnya Puteri Aszfaryna Khareeza, 20, pernah membintangi beberapa drama sebelum dan selepas tamat alam persekolahan.
"Dulu pernah juga berlakon dalam drama bersiri Kapten Boleh di saluran Astro Ceria ketika darjah empat.

"Bila dah habis SPM, saya pernah terlibat dengan drama di RTM, Syugra Tanpa Cinta. Selepas itu watak sampingan di bawah arahan Michael Ang," ujarnya mahukan watak mencabar seperti antagonis.
Dalam perkembangan terkini, Puteri baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie raya Matilahnak terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. arahan Azmer Affandi.

Antara barisan pelakon popular yang membintangi telemovie raya ini nanti Fathia Latiff, Shuib, Shukri Yahaya, Mark Adam, Ruhainies, Fizi Amer, dan Naim Zamri.
Sementara itu, penerbit terkenal, Haji Zeel melihat gadis ini mempunyai masa depan yang baik jika dia berusaha.

"For me kalau awak nak aim jadi Hakim, baik jadi Hakim. Sebabnya jarang ada Hakim perempuan. Kalau ada peluang dan exam pun ok why not jadi lah, dapat terus title Selebriti Hakim.

"Insya-ALLAH kalau dia beri tumpuan dia boleh berjaya. Tapi memang jarang saya jumpa remaja perempuan bercita-cita nak jadi hakim," tuturnya kagum.

Comments