Skip to main content

"Saya Tak Pernah Menolak" - Afiq Afendi

Bukan semua bakat baru cekal dalam mendepani batu kerikil kehidupan. Ada akhirnya gagal dan terus buka buku baru.

Namun tidak pada empunya diri, Afiq Afendi, masih bersikap positif walaupun perjalanannya di arena hiburan dilihat perlahan.
Menurut Afiq atau nama penuhnya Nur Afiq Afendi bin Tazul Nisam, walaupun sudah menyarung seragam hijau, jika ada tawaran mendatang beberapa faktor perlu dipertimbangkan sebelum menerima tawaran.
"Alhamdulillah untuk kerja baru saya, saya masih lagi dalam kontrak bersama DBKL. Jika prestasi memberangsangkan, insyaAllah saya akan ditawarkan kerja tetap.
BACA : Abang Polis Cari Hannah Delisha?
"Tentang tawaran berlakon ataupun modelling saya tidak menolak rezeki, saya akan pertimbangkan terlebih dahulu dari segi masa, dan keterampilan diri.

"Maklum lah, baru sahaja tamat latihan “rekrut” figure pun tak ready lagi. Apa-apa pun saya tidak pernah menolak rezeki yg datang, asalkan halal," ujar anak jati Negeri Sembilan kepada Sensation2u
BACA : Macam Ada Batu Penghalang - MJ
Berkongsi pengalaman perihal kerja baru pula, Afiq, 22, yang juga merupakan bekas Naib Juara Program Mister Planet Nation Malaysia (MPM2017), berharap orang awam faham dengan tugas mereka.
"Alhamdulillah juga, orang cakap baru nak bertatih lagi. Tapi saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental. Apa yg ilmu yg diterapkan semasa dalam latihan, saya implimentasikan semasa menjalankan tugas.

"Setakat ni semuanya baik-baik dan dalam keadaan terkawal sahaja. Biasa lah, siapa sahaja yang suka kena kapit (clamp) dan saman.

"Tapi saya telus menjalan kan tugas. Dimaki dicaci lumrah bagi anggota sperti saya. Bagaimana pun, saya harap orang awam faham akan kerja saya. Semoga kita hidup dalam suasana yg harmoni,"jelasnya tegas.
BACA : Lapan Jam Kaki Di Atas, Kepala Di Bawah - Umie Aida
Tahniah Sensation2u ucapkan buat Afiq Afendi. Semoga terus sabar dalam apa jua bidang yang diceburi.
Adakalanya kita perlu pegang kata-kata orang yang lebih makan garam, tak semua yang kita suka, minat, cinta, dapat.
Jadi, sabar adalah kunci paling besar dalam hidup untuk berjaya dalam apa sahaja perkara yang kita lakukan.

Mana tahu selepas ini, viral abang DBKL clamping kereta rakan artis, tak begitu? Hehehe...

Kenali Afiq Afendi menerusi akaun Instagram @pendiee

Comments