Skip to main content

Tayang badan bukan sebab raih follower Instagram

Bintang baru yang mula menghiasi industri hiburan tempatan, Raez Al-Idid menafikan kerap memuat naik foto tidak berbaju di Insta Story akaunnya bukan untuk meraih follower dengan cepat.

Menurut Raez atau nama sebenarnya Syed Shahrul Shafiq Syed Naharudin, 24, tujuannya berbuat demikian hanya sekadar menjadikan sebagai motivasi buat dirinya untuk mendapatkan susuk tubuh yang menarik.

"Bukan lah kerap pun tetapi saya akan muat naik setiap bulan. Saya ibaratkan Insta Story sebagai buku diari digital.

"Jadi dapat lah saya lihat bentuk badan saya ada perubahan dari semasa ke semasa setelah berusaha pergi ke gimnasium," katanya.

Dalam perkembangan lain, untuk tempoh terdekat pelakon drama Mr Grey ini akan memperlahankan karier lakonannya.

"Baru sahaja habis membintangi drama bersiri di Astro Ria. Jadi masa yang ada sekarang ini saya nak beri sepenuh tumpuan dulu pada projek akhir tahun saya.

"Selepas itu baru lah saya kembali aktif dan pergi ke kelas lakonan untuk menimba ilmu dengan lebih lagi," katanya yang sedang menuntut ilmu dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Jurutera Teknologi Maklumat.

Comments