Skip to main content

Mat Motor pun manusia: Izuan Razali

Acapkali dilabel sebagai Mat Motor, pelakon baharu yang sudah lama mencanai bakat di lapangan seni hiburan menyifatkan ia sebagai satu perkara yang positif.

Kata Izuan, Mat Motor punyai kehidupan yang tersendiri cuma corak hidup dalam mencari keceriaan hidup itu adalah cara mereka.

"Ramai yang cakap saya budak motor tetapi mereka salah. Saya sendiri pun tidak tahu kenapa digelar sebegitu sehinggakan tawaran yang diberikan pun dapat watak itu dan watak jahat.

"Mat Motor pun manusia juga punyai naluri dan perasaan. Itu cara mereka hilangkan kebosanan hidup.

"Walau bagaimanapun, saya tidak kecewa asalkan rezeki berlakon tidak putus," ujarnya kepada Sensation2u.
BACA: Tayang badan bukan sebab raih follower Instagram
Bercakap tentang watak, Izuan Razali mahu menjadi seorang pelakon yang serba boleh.
BACA: Puteri Khareeza mahu jadi hakim
"Meskipun sudah lama dalam industri tapi sejujurnya saya belum puas untuk menikmati pelbagai watak lain seperti watak baik dan jahat. Banyak lagi yang perlu saya belajar dan perbaiki cara lakonan saya," jelas Izuan yang menjadikan Sharnaaz Ahmad sebagai pelakon idolanya.
Tambah anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini juga, sebagai pelapis baharu dia berkata, walaupun watak kecil dalam menghidupkan sesebuah karya, jangan sombong tetapi beranikan diri dan bersuara untuk diajar.

"Sebagai orang baru bila masuk set jangan diam. Rendahkan diri dan beramah dengan krew produksi. Minta ajar dan penjelasan daripada pengarah supaya kita betul-betul faham apa yang dia mahukan," katanya.

Izuan Razali, 27, atau lebih mesra disapa Awe bermula dengan drama berunsur komedi, Klik sekitar tahun 2010 untuk saluran Astro Ceria arahan Hashim Rejab yang ditayangkan pada lapan tahun lalu.

Ia dibarisi oleh artis popular seperti Aeril Zafrel, Wawa Zainal dan ramai lagi.

Selepas itu Awe diberi peluang untuk berlakon dalam Filem Pada Suatu Cinta Dahulu.

Terkini dengan SUHAN Movie untuk TV3, drama bersiri 13 episod Kamar Kamariah yang dijadual bakal bersiaran pada pertengahan tahun ini.

Kenali Awe dengan lebih dekat menerusi akaun Instagram @izuanrazali

Comments